October 11, 2009

Filem Pertama

Saya sudah mengimpikan sebuah lakonan atas jalan cerita dan skrip sendiri sejak dari zaman sekolah rendah dahulu. Namun tidak pernah tercapai kerana keterbatasan kapasiti dan kemampuan diri. Alhamdulillah, lebih 10 tahun selepas itu Allah menemukan saya dengan 2 orang pelajar yang mempunyai bakat dan kesungguhan dalam bidang ini, bidang videografi. Duo yang sebelum menuntut di sekolah menengah teknik. Mereka merupakan ahli baru dalam Unit Media Sahabat Al-Quran(SAQ) di Uniten. Bersama-sama dengan 6 ahli lain dan sokongan padu daripada beberapa pihak, mereka bergabung tenaga dan idea menjaya satu usaha yang saya kira amat bermakna; melakonkan sebuah filem pendek dan menyertai pertandingan Ilham Kreatif peringkat universiti baru-baru ini. Semasa menyaksikan pra-tonton filem pendek ini, saya begitu teruja melihatkan hasilnya. Kesan sinematografi yang baik dan bagi saya yang dhaif ini sangat mengkagumkan. Saya mahu sangat berkongsi dengan anda hasil seni kumpulan ini. Saksikanlah.

Bahagian Satu

Bahagian Dua

Berikut adalah beberapa peristiwa yang sempat kami rakam pada sebahagian kerja-kerja rakaman. Keep reading →

October 10, 2009

6 Cabaran Menjadi Penulis Blog Muslim

(Peringatan untuk diri. Kuhadiahkan buat para pejuang yang sama-sama berada di daerah ini. Semoga kita menjadi orang yang bekerja dengan nilai itqan. Berusaha ke arah yang terbaik!)

Another_Kind_of_Censorship_by_hamoud

  1. 1. Niat

Keep your intention clean.  Pada pengamatan saya, ini merupakan cabaran yang terbesar dihadapi oleh semua penulis blog Muslim. Mari kita sama – sama semak semula niat dan tujuan kita menulis blog. Niat adalah perkara pokok dalam agama. Ia menentukan sama ada sesuatu yang kita lakukan menjadi amalan soleh atau nanti terbuang menjadi satu kesia-siaan. Untuk menulis entri blog, semestinya penulis menggunakan aset terpenting dalam hidup iaitu jiwanya. Apa yang saya maksudkan dengan jiwa? Itulah dia masa yang Allah S.W.T. peruntukkan untuk kita hidup di dunia. Mencari bahan, menghadam, menulis, melakukan kerja-kerja editorial, menerbitkan serta menyemak semula. Semua ini memerlukan kepada masa. Keep reading →

October 5, 2009

Sesekali di Hospital…

zakie

Zaki yang berada di Wad Ortopedik, Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang

Syukur ke hadrat Allah kerana tiada apa-apa yang boleh membahayakan jiwa berlaku kepada adik saya Ahmad Zaki melainkan tulang di bahagian meta karpus yang teralih(dislocated) dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan 3 buah motosikal malam Sabtu yang lalu. Beliau juga baru selamat menjalani pembedahan kecil jam 3.00ptg tadi dan akan berada di HTAR selama beberapa ketika lagi. Keep reading →

October 3, 2009

Raya Performance

rayapembinafinals

Meet us Sohwah at PEMBINA DHL Gathering today :D

-Off for performance-

(^_^)

September 27, 2009

Sambutan Hari Raya PEMBINA ‘09

rayapembinasmall copy

September 27, 2009

Solat Hajat Perdana ‘09

solat hajats

September 24, 2009

Lebih Hebat Daripada SMS!

pelita

Raya tahun ini sudah banyak yang berubah. Tok Long yang berjiran dengan Nenek dan Atuk juga uzur. Ingatannya sudah tidak sebaik dahulu. Rumah moyang Ochek yang saban tahun dikunjungi kini sudah hanya tinggal dihuni anak-anaknya. Moyang Ochek sudah pergi bertemu dengan Penciptanya, Pencipta kita semua. Pergi membenarkan janjiNya dalam surah Ali Imran ayat 185. Nenek Bedah yang setiap lebaran turun berkunjung ke kampung halaman juga tidak berbuat demikian pada tahun ini kerana uzur. Jiran sebelah rumah nenek juga tidak berapa sihat. Tahun ini mereka tidak membakar lemang atau membuat rendang. Mujur, alhamdulillah kami masih Allah kurniakan kesempatan untuk merasai banyak perkara yang kami rasai seperti tahun-tahun lalu. Bau kayu dimakan api masih berlegar di sekitar rumah. Bau yang menggamit banyak nostalgia. Lemang, rendang, ketupat masih dibuat sendiri, tidak dibeli.

Hanya tahap kesihatan Nenek dan Atuk sudah tidak seperti dahulu… Keep reading →

September 23, 2009

Salam Lebaran 1430H

September 18, 2009

Moreh 9: Chemistry

lab(Lukisan cebis kenangan lalu. Selamat Hari Raya Cikgu)

Hari ini hari terakhir persekolahan. Semalam Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan kabinet  memberikan cuti khas Jumaat kepada semua sekolah bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri kali ini. Period terakhir adalah untuk subjek Chemistry. Awal-awal lagi semua pelajar 4 Alpha telah tercegat menunggu di luar makmal. Cikgu Ismail datang dengan membawa sebuah fail dan beberapa batang marker pen aneka warna berada di poket baju kemeja ungunya.

Kami tidak boleh langsung masuk ke dalam makmal sebelum ada arahan guru atau pembantu makmal. Ini semua adalah untuk keselamatan kami juga. Takut-takut ada yang tangan gatal bermain itu-ini. Silap-silap beraya di hospital pula Aidilfitri nanti. Kelibat Cikgu Ismail lenyap ditelan makmal dengan daun pintu ibarat mulut yang terbuka luas. Seketika kemudian beliau muncul semula..

“Ha, apa lagi? Dah hafal belum 20 unsur kimia? Cuba baca sorang-sorang depan saya sebelum kamu masuk. Tak hafal tak boleh masuk,”kata cikgu sambil mukanya bergula dengan senyuman bermakna. Mulutku terkumat-kamit seolah membaca mentera mengulang hafal 20 unsur pertama dalam jadual berkala atau periodic table.

“Rusydi, cuba kamu baca.” Rusydi menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Dia memang pelajar pintar, hanya suka merendah diri.

Hydrogen, Helium, Lithium, Beryllium…”

****

“Selamat hari ini mood cikgu baik. Aku yang tersangkut-sangkut tadi dibantunya,”ujar Azlina kelegaan. Aku melempar senyum sebagai membalas. Hari ini kami akan melihat satu ujikaji kimia berkaitan tindak balas unsur-unsur dalam kumpulan 1 atau dikenali dengan nama logam alkali. Keep reading →

September 15, 2009

Selamat Pulang Along!

along comebacks