July 15, 2009...12:34 am

Shakur: ACL Reconstruction

Jump to Comments

PH_204Gambar: Shakur selepas pembedahan (14 Julai 2009)

Pada 28 Jun yang lalu, saya ada menerima sepucuk e-mel yang datang bersama pesanan berbunyi:

p.s: Buat pengetahuan semua, tadi Shakur mengalami sedikit (sebenarnya tak sikit dan sakit juga) kecederaan sewaktu beriadhah di UKM. Lutut dia cedera tapi ana tak pasti apa sebenarnya yang berlaku. Tapi tadi memang tak boleh jalan. Siapa ada berita terbaru berkenaan Shakur?Semoga Allah permudahkan dan sembuhkan.

Alhamdulillah, pagi semalam(14 Julai), kira-kira jam 8.30 hingga jam 10++pagi, sahabat saya, saudara Abdul Shakur bin Hj Zamani telah selamat menjalani pembedahan yang dipanggil ACL Reconstruction di Hospital Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi. Kini beliau ditempatkan di wad Kasih, tingkat 3, hospital berkenaan.

Semoga Allah memberikan kesembuhan yang sempurna akan kecederaan yang beliau alami.


Leave a Reply