June 22, 2009...9:02 am

Baitul Junud Pasca Tahun 1

Jump to Comments

(Dedikasi kepada Tn. Hj. Adzman bin Hj. Ariffin dan Pn. Hjh. Noor Hayati bt. Abd Latiff -tuan rumah sebenar Baitul Junud)

DSC04518

Masjid di kala subuh

Kira-kira setahun yang lalu saya menulis artikel berjudul Baru Itu Menyegarkan. Masa datang bersama-sama dengan perubahan. Kondisi manusia yang senantiasa dinamis menjadikan kita memerlukan kepada skil untuk terus mengekalkan survival. Dalam pelbagai hal.

Tiap sesuatu juga ada tempoh ajalnya.

DSC05874

Berpagi-pagi di Baitul Junud

Begitulah dengan usia kami di Baitul Junud*. Alhamdulillah, sungguhpun hanya setahun sempat bersama, tetapi terlalu banyak kenangan manis yang telah terukir di sana.

DSC00333

Tn. Hj. Adzman bin Hj. Ariffin

DSC00339

Tidak ada perkataan yang mampu menggambarkan perasaan syukur dan terima kasih kami kepada pemilik rumah tersebut, Tn. Hj. Adzman bin Hj. Ariffin dan Pn. Hjh. Noor Hayati bt. Abd Latiff yang telah terlalu banyak berjasa kepada kami.

Mereka telah membenarkan kami untuk tinggal di rumah baru milik mereka dengan sewa yang amat sederhana, selalu belanja kami makan bila berkunjungan, membantu kami dikala kesusahan, menempatkan mesin basuh di rumah, membenarkan rumah menjadi tempat untuk kami berprogram, dan menyediakan pelbagai kemudahan lain. Seolah-olah kami juga sebahagian daripada keluarga mereka. T_T sangat terharu…

DSC06145Acara masak-memasak

DSC06161

Iftar Jama’ie

IMG_0610

Peserta Holiday Homestay 08 (atas dan bawah)

IMG_0605

Sepanjang satu tahun ini, beberapa aktiviti telah dijalankan di sana. Antara lain yang boleh saya imbau ialah:

  1. Majlis Berbuka Puasa
  2. Program Holiday Homestay (untuk pelajar Menengah dan Rendah)
  3. Sambutan Hari Raya
  4. Kelas Mengaji (kelolaan En. Shakur)
  5. Dan yang saya tak ingat..

Beberapa sahabat saya juga sempat bersinggah semasa kami di sini. Juga ikhwah-ikhwah dari serata pelusuk negara pernah menginap dan menumpang berteduh di sini. Bersama-sama dengan saudara Hazeri (MMU, Melaka), menyanyikan lagu pertama kami. Makan, minum, bermain, ‘bergaduh’, bermesyuarat, memasak, membasuh dan lain-lain aktiviti harian yang menghidupkan suasana pelajar kampus bujang.

Hasrat kami untuk memiliki bilik tidur dan belajar yang berasingan juga alhamdulillah tercapai (walaupun selalu juga tidur dalam bilik study..huhu..).

Lokasi rumah yang sangat strategis, berhadap-hadap dengan masjid, di belakang kawasan kedai dan berhampiran dengan pasaraya untuk membeli-belah, angin petang yang lembut menghembus, suasana yang damai dan tenang, jauh dari hiruk-pikuk…semuanya kini terlipat dalam lembaran sejarah, membentuk satu jilid khusus tentangnya.

Jiran-jiran yang rajin ke masjid seperti Tuan Syed, dan pakcik-pakcik yang tidak sempat saya menghafal nama mereka, juga abang Juraidi yang sudah dikurniakan cahaya mata, semoga kita selalu berjumpa lagi.

Semoga apa-apa yang baik, dipelajari semasa di rumah bujang pertama saya ini akan berkekalan dan membuahkan amal-amal soleh di masa-masa mendatang. Dan moga pahalanya juga tumpah kepada pemilik rumah yang budiman.

Liku-liku hidup di rumah baru, Darul Ikhwan masih terlalu awal (bahkan hampir tiada) untuk diceritakan, kerana semua itu masih rahsia di pihak Allah SWT. Tetapi saya amat berharap dan berdoa agar dengan perpindahan kami ke rumah baru ini akan lebih membawa keberkatan kepada kami semua yang ikut berpindah.

DSC02789

Afizhi dan Hakim sudah tidak lagi bersama kami, tetapi kunjungan-kunjungan mereka akan tetap kami nanti.

Terima kasih tidak terhingga kepada keluarga Hakim yang turut membekalkan kami dengan peti sejuk, set meja makan, kabinet dapur, kain langsir dan semua yang tak tersebutkan. Sungguhpun Hakim tidak bersama-sama kami, namun mereka masih tegar untuk menghulurkan bantuan mereka. T_T speechless…

Pada yang kami tinggalkan dalam keadaan tidak sesempurna seperti mana kami melangkah masuk dahulu harapnya dimaafi. Semoga kehidupan Pakcik dan Makcik sekeluarga senantiasa di bawah payungan rahmat dan kasih Ilahi.

Baitul Junud akan selamanya terpahat dalam ingatan dan akan selalu berkunjungan ke sana, insya-Allah.

Semoga kehidupan bertambah baik.

annajm5
Cheras, 56100,
Kuala Lumpur.

*Baitul Junud adalah nama kedua yang telah dibaiki oleh Ustaz Dzulkefli bin Zainal Abidin (pensyarah Uniten) daripada nama asal yakni Baitul Jundi.

3 Comments

  • rupanya banyak jugak benda dah berlaku kat rmh ni ye..

    kenangan terindah.. kenal macam2 perangai..

    ade yang suka bercakap tak henti2,
    ade yang pendiam tapi sensitif,
    ade yang garang macam tentera,
    ade yang relaks macam xde apa2.. :D

    banyak belajar mengenali manusia..
    tarbiyah yang baik sebelum berkeluarga..

  • pro hj adman n auntie hayati

    walaupun sempat satu sem duk ngan hampa, tp upenye byk gak la yg sempat dibuat…

    iAllah…moga darul ikhwan akn mengekalkan momentum baitul junud dan seterusnya berusaha meningkatkannya…

    p/s: yg suke ckp x henti2 tuh faiz kan???

  • Haha… siapa yang makan cili merekalah yang terasa pedasnya :D


Leave a Reply