Pengajian Syariah Universiti Malaya

dsc00625c.jpg

Borang pendaftaran program UMCed

Alhamdulillah. Semalam, 2/3/08, saya dan dua orang rakan karib saya; Hakim dan Adli berjaya mendaftar sebagai salah seorang penuntut Program Sijil Pengajian Syariah yang dianjurkan oleh Universiti Malaya (tepatnya UMCed-University of Malaya Centre for Continuing Education) dengan kerjasama JAIS (Jab. Agama Islam Selangor). Program ini memerlukan 4 semester (2 tahun) untuk dilengkapkan. Insya-Allah, bermula 16/03/08, kelas kami yang pertama akan diadakan, bertempat di Masjid Uniten. Kelas adalah tetap pada hari Ahad sahaja, bermula jam 8.00 pagi hingga waktu Zohor. Program ini bermatlamat memberi pendedahan kepada masyarakat umum tentang syariah Islam, terutamanya bagi mereka tidak berkesempatan mengikuti pengajian ini sebelumnya. Yuran pengajian untuk pihak UMCed hanya RM12o untuk semester ini (satu semester 3 bulan lebih kurang). Doa saya untuk mempelajari syariah secara khusus sebelum ini dimakbulkan Allah. Sejak melangkah masuk ke Uniten, banyak perkara yang pernah saya hajatkan sebelum ini tercapai, peluang yang diimpikan sebelum ini dibukakan oleh Allah S.W.T. Alhamdulillah.

Sahabat Al-Quran (SAQ )

dsc05446c.jpg

Salah satu sesi bersama Sahabat Al-Quran, Uniten

“Syafeeq, boleh aku belajar tarannum daripada hang?” pinta saya kepada salah seorang sahabat karib saya semasa menuntut di Banting. Tetapi Syafeeq menolak kerana katanya dia tiada kelayakan untuk mengajar. Dahulu pun hanya berkesempatan belajar sebentar cuma. Saya suka mendengar bacaan al-Quran yang baik dan indah lagunya. Penghayatan terhadap ayat-ayat Tuhan ini bisa sahaja bertambah dengan seni bacaan yang halus dan tertib. Syafeeq antara sahabat dengan bacaan al-Quran yang saya minat (selalu suka menjadi makmun ketika beliau mengimami jemaah di kolej). Hasrat itu terus saya pendam dalam hati. Belum temu tempat lain untuk tercurah.

dsc00178c.jpg

Surau menjadi pusat kebanyakan aktiviti pelajar termasuk belajar, merehatkan minda dll.

Ketika di Banting juga, saya mengikuti kelas al-Quran dan tajwid yang dibawa oleh Ustaz Azhar sekali seminggu kiranya ustaz tiada hal lain yang terlebih awla(utama). Banyak benar ilmu yang kami tuntut daripada Al-Fadhil Ustaz Azhar. Sebutan atau makhraj huruf antara yang ditekankan. Diakhir pengajian, sebelum kami menduduki peperiksaan akhir IB Diploma, Ustaz Azhar berpesan agar nanti jika sudah ke universiti, carilah guru untuk mempelajari al-Quran. Al-Quran itu terlalu penting dan terlalu besar manfaat mempelajari apatah lagi mengajarkannya.Hati kecil memasang harapan agar nanti dibukakan peluang untuk meneruskan pengajian.

Setelah saya memasuki Uniten, hampir ke penghujung semester 1 tahun pertama, Muhammad, senior saya telah mempelawa saya untuk menyertai sebuah persatuan baru yang bernaung di bawah Pusat Pengajian Islam & Peradaban (PPIP), Masjid Uniten. Sahabat Al-Quran atau ringkasnya S.A.Q.

Melalui persatuan ini alhamdulillah apa yang saya impikan dahulu tercapai. Mempelajari tajwid, tarannum, berpeluang untuk menjadi tenaga pengajar (naqib/naqibah kepada pelajar yang mengambil subjek Islamic Studies 2) dan antara yang saya paling sukai adalah sedikit sebanyak dapat mempelajari hikmah dan intisari al-Quran(moga diperbanyak seumpanya di masa mendatang).

Bukan setakat ini sahaja, hasrat saya untuk menambah lagi penguasaan ilmu bahasa ‘arab juga dibentangkan Allah dihadapan mata apabila seorang pelajar Arab Saudi yang sedang menyiapkan program sarjana atau masternya di Uniten sukarela mengadakan kelas bahasa ‘Arab pada setiap Jumaat malam Sabtu di surau An-Nur (kebetulan sama namanya dengan surau ketika di Banting dahulu) kelompok penginapan pelajar Amanah. Walaupun saya masih belum berkesempatan mengikuti kelas itu, namun peluang-peluang yang Allah S.W.T. sediakan di sekeliling saya amatlah dihargai dan disyukuri. Moga Dia akan mengurniakan mahu dan mampu untuk saya memanfaatkan segala peluang dalam kesempatan yang ada.

Semua ini mengingatkan saya kepada sepotong ayat al-Quran:

40-60.jpg
Juga sepotong hadith Rasulullah s.a.w.

hadith-4837-dua.jpg
Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, maka hendaklah kamu berazam serta benar-benar memohon kepada Allah s.w.t dan janganlah berkata: Ya Allah, jika Engkau kehendaki maka perkenankanlah kepada aku, kerana sesungguhnya Allah itu bukanlah kedekut.

Berdoalah. Doa itu senjata orang mukmin. Senjata yang tidak digunakan akan hilang manfaat pada senjata dan pada tuan senjata. Allah itu Maha Kaya. Tiada apa yang akan menjejaskan kekayaannya. Dia tidak jemu memberi dan tidak pula marah apabila diminta.

Moga ilmu yang bakal diperoleh dari Program Syariah UMCed itu nanti akan membawa manfaat yang besar, dunia dan akhirat. Doakan kejayaan kita bersama (^_^)

A6-1-11,
Kelompok Amanah,
Uniten, MALAYSIA

12 Comments

Filed under Universiti

12 responses to “Pengajian Syariah Universiti Malaya

  1. azri abu bakar

    Asalamualaikum saudara,boleh tak kirimkan melalui email saya apa-apa perkara yang di perlukan untuk mendaftar belajar di kelas sijil syariah ini sekian wasalam.

  2. em..apa ya email saudara?

  3. Kak Jie

    Assalamualaikum,

    Ingin bertanya, bagi Program Pengajian Syariah dan Sahabat Al-Quran (tajwid, tarannum) – mungkin akan diadakan bagi sesi tahun 2009?

    Bagaimana caranya bagi mengikuti pengajian tersebut, apakah syarat atau apa-apa saja perkara yang perlu bagi mengikuti pengajian berkenaan.

  4. Wa’alaikumsalam,

    Program Pengajian Syariah itu setakat pengetahuan saya iA akan diteruskan pada 2009 memandangkan pelajar yang mula mengikuti kursus ini pada penggal ke-2 tahun 2007 hanya akan tamat 4 semester atau 2 tahun selepas itu yakni penggal 1 tahun 2009 (jika tiada penangguhan dan lain-lain masalah).

    Untuk mengikuti pengajian ini, tiada syarat khas yang dikenakan melainkan:
    -minima SPM atau yang setara dengannya
    -perlu berumur 18 tahun ke atas
    -bayaran yuran UMCed dan Jais serta modul pengajian (RM175-tika pertama kali saya mendaftar dahulu)

    Urusan ini boleh dilakukan di masjid-masjid yang berdaftar dibawah UMCed untuk menjadi host kepada program pengajian ini. Setakat pengetahun saya, masjid Uniten Kampus Putrajaya dan Masjid Bandar Kinrara tersenarai.

    Boleh merujuk ke laman web ini:

    http://www.umcced.edu.my/CERTIFICATE.html

    Adapun Sahabat Al-Qur’an ini adalah sebuah kelab yang penyertaannya terhad kepada pelajar Universiti Tenaga Nasional.

    Wallahu’alam

  5. Kak Jie

    Alhamdulillah,

    Jutaan terima kasih diatas makluman tuan.

    Selamat Hari Raya, semoga diberkati ALLAH pada setiap saat sehingga akhir hayat.

    wasallam.

  6. Pingback: Peperiksaan Akhir dan Pengajian Syariah Semester ke-3 Bermula! « ..:: Lensa Hati ::..

  7. ALHAMDULILLAH…..Syukur kehadratNYA…dgn taufiq dan limpah kurniaNYA… Seluruh ummat dpn menambah
    ‘ilmu dlm bidang agama. Xsgka ana ad ek IPTA yg offer kursus2 mcm ni… ana ingt ana da x berpluang da mndalami bdg2 sbgini dgn lbh lanjut kat IPTA krna almaklumla SPM ana pn xseberapa…Erm…kire jln panjang la nie.. ALHAMDULILLAH Syukur… n Syukran buat smua…Salam..

  8. Assalammualaikum, saudara.

    Sy juga slh sorg pelajar Pengajian Syariah bersijil di Masjid SSAAS, SA.
    Ahad ni sy ade peperiksaan syariah n sudah beribu website berkaitan sy buka tetapi tiada clue utk format peperiksaan.
    Bleh x saudara tergkn bagaiman bntuk krtas peperiksaan n mase yg diberi??

    Kerjasama saudara amat sy hargai!

  9. aswandi

    make a new generation to know sensitifitylicm with our country and univesal world .

  10. aswandi maliki

    format pengajian dan peperiksaan adakah mengikut setiap 3 bulan untuk semesta pertama sehingga 8 semesta selama 2 tahun. dan dimana sasaran target selepas keputusan kecemerlangan setelah tamat pengajian adakah akan terus ke pengajian selanjutnya selepas di Egyp ataupun ke Mesir.

  11. aswandi maliki

    assalammualaikum, .. selamat hari raya aidlfitri 2010.. Masa pengajian setiap hari Ahad hanya 5 jam sahaja. adakah itu mencukupi untuk siswayang menyertai pengajian islam dalam bidang syariah.Bagaimana pula pengajian islam dalam bidang usulluddin ada kekengan masa ataupun sama setiap ahad dan 5 jam ataupun isnin hingga jumaat dan 5 jam dan kekangan hari hanya sabtu dan ahad sahaja. lanjutan selepas diMalaysia akan ke Mesir.selain Mesir dimana juga lanjutan pengajian untuk siswa.

  12. izanramli

    Saya bercadang untuk mengikuti kursus pengajian syariah di UM. Dari apa yang saudara tuliskan kuliah diadakan di masjid UNITEN (berdekatan dengan rumah saya). Adakah kelas ini masih diadakan disana atau cuma di UM sahaja? Tkasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s