LensaHati.com

Alhamdulillah, kini LensaHati sudah berpindah ke hosting dan domain yang baharu. Kunjungi saya di:

LensaHati.com

1 Comment

Filed under Pengumuman, Promosi

BuatMu – Sya’ir al-Imam as-Syafi’e

إلـيــك

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي

BuatMu, Tuhan segala makhluk, ku persembahkan harapanku

Continue reading

2 Comments

Filed under Rasa Hati, Tazkiyatun Nafs

Apa Rasanya Memijak Duri?

Allah, bantulah daku meniti di atas jalan berduri ini.

Saat ini saya sedang menekuni sebuah kitab karangan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Bukunya amat menarik. Namun saya masih belum dapat memberikan pandangan berkenaan isi sebenar buku ini melainkan sisi Muqaddimahnya untuk entri yang sedang anda telaah ini.

Saya sangat terkesan dengan kata-kata Ibnu ‘Ata’illah dalam kitab karangannya al-Hikam seperti mana kata-kata itu meninggalkan kesan yang cukup mendalam pada susuk ulama’ kontemporer yang hebat ini.

Ibnu ‘Ata’illah menyebut:

“Manusia memujimu atas dasar prasangkanya kepadamu, maka jadilah pencela dirimu kerana pengetahuanmu tentangnya…orang paling bodoh adalah orang yang meninggalkan keyakinannya kerana prasangka orang lain!”

Continue reading

3 Comments

Filed under Rasa Hati, Tazkiyatun Nafs

توليسن جاوي بوکتي ڤڠاروە إسلام د تانه ملايو

سماس د سکوله رندە اݢام د کامڤوڠ , ساي ممڤلاجري سجنيس توليسن يڠ تيدق موڠکين ساي لوڤاکن انشاٴ الله سهيڠݢ کيني , يعني توليسن جاوي . دڠنڽ ساي منجادي لبيه مسرا دڠن حروف حروف عرب مسکيڤون ترداڤت ببراڤا موديفيکسي سباݢاي ڤڽسواين دڠن لوکليتي.
اڤڤون اي منجادي مرچو تندا ڤڠاروە إسلام يڠ مندارە داݢيڠ دالم ديري اومت د نوسنتارا اين . سباݢاي مان توليسن دان بهاس اوردو , سباݢايمان توليسن دان بهاس لاما تورکي عثمانية – سبلوم دمنسوهکن اوليه کمل اتتورق يڠ مموسوهي إسلام دان کتامادوننڽ يڠ اونيک , سڤرتي ايتوله توليسن جاوي برڤرانن دان منجادي باتو ڤنندا اکن إسلام ڤرنه برتاڤق بهکن مڠواساٴي سݢنڤ اسڤيک کهيدوڤن مانسي د تانه ملايو
Continue reading

Leave a Comment

Filed under Media Islam, Promosi, Rasa Hati

Kejohanan Bola Sepak Sahabat: Piala Muhammad Al-Fateh


2 Comments

Filed under Grafik, Masyarakat, Promosi, SAQ, Sukan, Universiti

Dawud Wharnsby Ali: The Prophet

Leave a Comment

Filed under Muzika, Rasa Hati

Malam Bina Iman & Taqwa MABIT SAQ

Leave a Comment

Filed under Grafik, Promosi, SAQ, Tazkiyatun Nafs, Universiti

Awet Muda: Rahasia Wajah Kekal Remaja

Ramai yang mengidamkan wajah kekal muda remaja.
Namun apa rahsianya?

Suatu hari semasa saya sedang berurusan di Plaza Low Yat, saya disapa oleh seorang jurujual.

“Abang, abang umur berapa tahun bang?” tanya beliau.

Saya terkedu, hairan mengapa ada orang bertanyakan umur secara tiba-tiba. Tidak bersangkutan apapun dengan urusan perkomputeran.

“Saya 23 tahun,” jawab saya.

“23?! Betul ke bang?!” balas beliau tidak percaya.

“Ya, betul, saya baru beberapa hari berumur 23 tahun,” tegas saya. Kehairanan saya kian bertambah melihatkan kehairanan saudara yang seorang ini.

“Biar betul bang, tak de rupa 23 pun, macam 19 tahun adalah!” tukas beliau.

’19?!’

- Tamat imbas kembali -

Kawan, ada banyak petua untuk mengelak wajah tampak tua meski usia meningkat berganda-ganda. Tapi sebelum saya kongsikan koleksi petua awet muda yang pernah tercatat dalam daftar data di kepala saya, Continue reading

1 Comment

Filed under Motivasi, Pengalaman, Rasa Hati, Tazkiyatun Nafs

Rezeki di Negeri Orang

Beberapa minggu yang lalu saya ada menghantar borang permohonan latihan industri ke beberapa buah syarikat bersama sahabat saya, Abdul Hakim. Kebanyakan rakan-rakan sudah mendapat tempat untuk menjalankan latihan industri selama 3 bulan bermula insya-Allah 5 April ini. Namun untuk kami, masih tiada tawaran yang kunjung tiba. Hinggalah bungkusan rezeki itu kami terima setelah terbit matahari pagi tadi. Continue reading

1 Comment

Filed under Motivasi, Rasa Hati, Universiti

Engagement

Um, bukan engagement yang ini…

“Kita pernah berjumpakan?”soal Ustaz Hasrizal.

“Ya Ustaz, dahulu semasa ana di KMB,” jawab saya.

Pertemuan pertama hampir 5 tahun lalu dengan Ustaz Hasrizal kembali menyergap ingatan. Juga lain-lain siri pertemuan yang diatur Tuhan antara kami. Sungguh masa itu terasa begitu jauh kerana terlalu banyak yang mengisi hidup ini selama fatrah antara saat itu hingga kini. Ustaz Hasrizal yang saya temui 5 tahun dahulu adalah dia yang saya temui hari ini. Meski masa berganjak, hidup kami berjalan atas landasan masing-masing, namun semangat dan komitmen beliau masih sama atas agenda dakwah ini. Malah bertambah mungkinnya. Continue reading

Leave a Comment

Filed under Pengalaman, Personaliti, Rasa Hati